Gelagat seorang pemandu teksi sempat menggilap keretanya sambil menunggu pelanggan pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar KL Sental, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca akan menerima bayaran bantuan one-off (sekali bayar) Pekaj Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)sebanyak RM600 mulai esok.

Bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun berdaftar.

Menurut Kementerian Kewangan, langkah memasukkan wang itu ke dalam akaun adalah untuk memudahkan golongan tersebut  supaya tidak perlu keluar dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban rakyat di dalam menjalani kehidupan seharian yang mencabar disebabkan oleh penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, semakan dan kemaskini maklumat akaun bagi kategori penerima yang berdaftar boleh dibuat melalui laman web Kementerian Kewangan iaitu www.treasury.gov.my/ mulai esok. – MalaysiaGazette