Dr. Rais Yatim
Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Tiba masanya untuk ahli-ahli Parlimen di negara ini untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dalam memerangi pandemik Covid-19.

Tan Sri Rais Yatim menyanjung tinggi tindakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenaan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos ini.

Ahli politik veteran negara itu mahu ahli-ahli parlimen di negara ini turut mengikut rentak baginda Raja dan Permaisuri Agong menyumbang gaji mereka dalam membantu negara memerangi Covid-19.

Beliau menyampaikan pesanan berkenaan dalam ciapan terbaharu Twitter peribadinya.

“Tuanku YDP Agong dan Raja Permaisuri derma enam bulan Emolumen Diraja untuk membantu anti-Covid.

“Ahli Parlimen bila lagi sumbang sikit?,” katanya dalam status ciapan tersebut.

Semalam Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkenan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertujuan membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19.

Malahan,baginda dan permaisuri Agong juga serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji Perdana Menteri, menteri serta Timbalan Menteri dan disalurkan ke Tabung Covid-19.

“Perkenan Seri Paduka Baginda berdua ini turut mencerminkan keprihatinan dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda Berdua dalam memerangi Covid-19,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Agong, permaisuri berkenan kerajaan tidak bayar emolumen Diraja 6 bulan

1 Komen

Comments are closed.