Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menubuhkan Majlis Keselamatan Makanan Negara (MKMN) bagi menangani isu makanan ketika wabak Covid-19.

Timbalan Presiden Parti Amanah, Salahuddin Ayub berkata, walaupun sudah mempunyai Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi kerajaan memerlukan sebuah majlis yang khusus dalam menangani isu makanan kerana keadaan seperti sekarang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kata beliau, masalah banjir atau bencana alam seperti gempa bumi mungkin memberi impak kepada sesebuah negara atau benua, tetapi wabak Covid-19 menyerang seluruh dunia.

“Justeru, semua negara akan berhadapan dengan krisis bekalan makanan dan setiap negara akan menjaga kepentingan masing-masing.

“Malaysia masih lagi mengimport 30 peratus bekalan beras dan mengimport 70 peratus bekalan daging.

“Tetapi dengan lumpuhnya seluruh dunia, dari mana kita akan mendapat bekalan makanan yang mencukupi?

“Vietnam sebagai contoh, sudah menghentikan eksport beras ke Malaysia, jadi apa yang akan terjadi sekiranya wabak ini berterusan?” soal beliau menerusi kenyataan kepada media hari ini.

Salahuddin berkata, bukan tujuan beliau menakut-nakutkan tetapi negara sememangnya harus bersedia dan membuat persiapan yang rapi.

Kerana isu ini, kata beliau, bertaraf global dan kerajaan harus mewujudkan MKMN serta memanggil pakar yang berkaitan.

“Saya yakin kita mempunyai pakar yang hebat untuk menyusun strategi bagi mengatasi masalah ini,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Pengalaman 22 bulan.. lau keje gomen pun tk confirm lg. Ckap dgn jaga pun, citt podahhh…

  2. Kah kah kah..hari tu suruh tubuhkan war room..laaa ni tubuhkan Majlis Makanan plak…lepas ni nak tubuh apa lagi? Majllis Kesihatan? Majlis Pendidikan? Majlis Kewangan? Majlis Perdagangan? Majlis Alam Sekitar?? Helloooo semua aspek kehidupan terjejas lahhh…tak kan semu aspek kehidupan nak ditubuhkan Majlis? Habis akhirnya MKN tu jaga apa? duk goyang kaki jer? Kalau banyak sangat majlis lg kelam kabut…uftt…ohhh lupa Majlis Penasihat Eminent Persons ko yg ada Daim, Zeti, Jomo tu semua pi mana? Pi nasihat kerajaan jual harta negara ka?? Tu semua tak guna punya Majlis..perghhh

Comments are closed.