JAKARTA- Indonesia melarang rakyatnya ‘mudik’ (balik kampung) bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula Jumaat ini dengan mengenakan sekatan perjalanan di zon-zon merah bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Bagaimanapun, bukan semua jalan akan ditutup manakala akses kepada pengangkutan awam tetap akan dibuka seperti biasa.
“Larangan ‘mudik’ akan berkuatkuasa Jumaat tetapi penguatkuasaan terhadap individu ingkar hanya bermula pada 7 Mei ini,” kata Menteri Kordinasai Hubungan Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandajaitan dalam satu sidang video pada Selasa.
Jelas Luhut yang juga pemangku menteri pengangkutan, perkhidmatan awam di seluruh Greater Jakarta akan tetapi diteruskan bagi memudahkan perjalanan terutamanya bagi petugas-petugas barisan hadapan untuk pergi kerja.
“Kementerian-kementerian dan institusi berkaitan akan mengambil langkah segera bagi menyediakan bantuan teknikal di lapangan termasuk memastikan kelancaran bekalan.
“Selain itu, lebuh raya bertol juga tidak akan ditutup,” katanya.
Semalam, Presiden Joko Widodo mengumumkan keputusannya untuk menghalang mudik selepas mengkaji dapatan kaji selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan.
Kaji selidik itu mendapati 24 peratus responded mempunyai perancangan untuk pulang ke kampung manakala tujuh peratus lagi sudah pun memulakan perjalanan pulang ke kampung.- MalaysiaGazette