Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kakitangan Petronas berjaya mengutip dana sebanyak RM6.4 juta menerusi pemotongan gaji sukarela bagi membantu negara dalam memerangi wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat tersebut memaklumkan, wang berkenaan akan disalurkan kepada Tabung Covid-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA).

Usaha selama seminggu itu membolehkan para pekerja meletakkan jumlah sumbangan yang diinginkan melalui pemotongan automatik daripada gaji bulanan mereka.

Pihak pengurusan menyumbang 10 peratus daripada gaji April dan Mei mereka dan inisiatif tersebut telah berjaya menarik sokongan 9,500 kakitangan yang lain.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, kejayaan membendung wabak Covid-19 itu adalah merupakan usaha semua pihak termasuk yang bukan petugas barisan hadapan.

“Bagi bukan petugas barisan hadapan, kita perlu menunjukkan sokongan, galakan dan bermurah hari kepada mereka.

“Saya berharap, sumbangan yang kecil ini dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik ketika menghadapi krisis ini di samping menyediakan sokongan kepada para petugas barisan hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. semoga ALLAH memberi rahmat dan melimpahkan rezeki kepada semua yg berkorban tenaga,harta dan wang ringgit, ini satu contoh usaha yg baik kepada syarikat2 besar yg lain,cuma jgn jd BODOH mcm bos MYDIN,dia ingat semua penjawat awam kaya raya,
    bantuan,derma,amal jariah tidak boleh atas paksaan!

Comments are closed.