TERKINI : BN Tidak Terima Dana Bantu Pelarian Rohingya – Zahid Hamidi

Dana dari sebuah negara Timur Tengah yang dijanjikan untuk diberi kepada Malaysia bagi membantu pelarian etnik Rohingya, tidak diterima oleh kerajaan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah.

Sebaliknya, dana dengan jumlah yang besar itu difahamkan diterima oleh kerajaan yang mengambil alih pemerintahan selepas BN tidak lagi bernasib baik untuk mentadbir negara, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.