KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia naik tinggi dalam dagangan pagi ini selepas kerajaan membenarkan sektor ekonomi yang diluluskan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beroperasi dengan kapasiti penuh mulai hari.
Pada jam 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.80 mata kepada 1,375.00.
Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali berkata, sektor-sektor ekonomi yang telah dibenarkan beroperasi pada fasa 1, 2 dan 3 PKP dibenarkan beroperasi tanpa sekatan masa mengikut keperluan industri masing-masing.
Menurutnya, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi ini mengambil keputusan tersebut setelah menyedari keperluan mendesak untuk menangani krisis ekonomi semasa. – MalaysiaGazette
Sektor ekonomi dibenarkan pada PKP boleh beroperasi penuh mulai esok – Azmin