Jamal Abdillah dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin.

KUALA LUMPUR – Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berkongsi berita gembira isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin kini hamil anak kedua.

Pada Oktober lalu, Jamal, 61, dan Zai Izzati dikurniakan anak perempuan, Nur Azura Yamani yang berusia kira-kira tujuh bulan.

Jamal berkongsi berita gembira itu sambil memaklumkan isterinya kini hamil 10 minggu.

Jamal bernikah dengan Zai Izzati pada tahun 2017 dan menimang Azura yang dilahirkan pada 10 Oktober 2019.

Menerusi perkahwinan lalu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13. – MalaysiaGazette