Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Sekarang Presiden Donald Trump percaya sebanyak 100,000 orang penduduk Amerika Syarikat (AS) akan mati akibat wabak koronavirus selepas angka kematian sudah melepasi unjuran awal.

Namun, beliau masih yakin vaksin dapat dibangunkan menjelang akhir tahun ini.

Sebanyak 1.1 juta penduduk AS dijangkiti Covid-19 dan lebih daripada 67.000 orang terkorban.

Penularan wabak itu menyebabkan kebanyakan sekolah dan perniagaan ditutup.

“Kita akan kehilangan antara 75, 80 hingga 100,000 orang. Itu adalah perkara yang mengerikan,” kata Trump, yang baru-baru ini berharap kurang daripada 100,000 orang AS akan menjadi korban Covid-19.

Kira-kira separuh daripada negara ini sudah melonggarkan perjalanan memandangkan jumlah kes baru Covid-19 mulai menurun dan aktiviti perlu diteruskan.

”Kita tidak boleh terus menutup negara atau kita tidak akan mempunyai negara lagi,” kata Trump.

Trump juga mahu para pelajar sekolah dan kolej kembali pada sesi pembelajaran masing-masing pada musim luruh, walaupun mengakui kemungkinan meningkatkan penularan wabak. – MalaysiaGazette