Syed Zaid Albar

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memudahcarakan pengedaran produk pasaran modal dalam talian seperti unit amanah, melalui platform e-Perkhidmatan seperti penyedia perkhidmatan e-dompet atau e-pembayaran.

Garis Panduan Pasaran yang Diiktiraf (Guidelines on Recognized Markets) telah dipinda untuk memperkenalkan bahagian baharu mengenai “platform e-Perkhidmatan”, yang mengandungi keperluan pendaftaran dan obligasi berterusan bagi penyedia e-Perkhidmatan.

Pindaan ini akan membolehkan pengendali aplikasi e-dompet atau e-pembayaran untuk bekerjasama dengan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk mengedarkan produk pasaran modal kepada pelabur.

Pengendali e-dompet atau e-pembayaran ketika ini tertakluk kepada pengawasan pengawal selia sektor lain akan dikehendaki mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pengawal selia tersebut sebelum mengemukakan
permohonan mereka kepada SC.

”SC akan terus memudahcarakan pembangunan penyelesaian digital yang inovatif untuk meningkatkan akses pelaburan kepada semua peserta pasaran modal Malaysia.

”Pengenalan rangka kerja platform e-Perkhidmatan akan memudahcarakan pengedaran produk pasaran modal yang lebih meluas melalui platform digital yang sudah terbiasa dalam kalangan pelabur kita,” menurut Datuk Syed Zaid Albar,
Pengerusi SC.

SC pada a sidang media maya pada 16 April lalu berkata, ia menyaksikan peningkatan bilangan akaun dagangan dalam talian yang didaftarkan.

Pada masa yang sama, terdapat juga peralihan dalam kalangan pemegang lesen ke arah penggunaan saluran digital untuk mengedarkan produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Pengendali yang berminat perlu mendaftar dengan SC sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf (RMO) dan boleh mengemukakan permohonan mereka mulai hari ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di sini dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada [email protected] – MalaysiaGazette