Tauhu bergedil dijual serendah RM4.

KUALA LUMPUR – Pelbagai juadah sentuhan moden dan cita rasa dari luar negara dengan hiasan menarik yang dapat ditemui hari ini sama sekali tidak dapat meminggirkan juadah yang bersifat tradisional.

Antara menu itu adalah tauhu begedil dan Vietnam Spring Roll yang diusahakan oleh keluarga Suriani Mustapha, 46.

Siapa sangka, bisnes yang diusahakan dua minggu sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi tuah kepada ibu tunggal ini.

Dua juadah itu boleh dibeli secara atas talian dan kini menjadi popular di Setapak serta menjadi pilihan orang ramai khususnya pada bulan Ramadan ini.

Menurut Suriani, pelanggan yang datang membeli bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan, malah ada yang datang dari lokasi lebih jauh dari Shah Alam dan Putrajaya.

“Kami membuka tempahan penghantaran pada setiap hari dan tempahan dibuka sehari atau dua hari lebih awal. Ini kerana kami menyediakan pek terhad bagi melancarkan urusan penghantaran.

“Ketika sambutan untuk tauhu begedil ayam dan daging mendapat permintaan luar biasa apatah lagi diserta dengan sambal kicap yang rasa pedas manis.

“Begitu juga dengan Vietnam Spring Roll yang menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mencuba menu lain daripada kebiasaan sebelum ini,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Menu Vietnam Spring Roll yang mempunyai pilihan ayam, udang dan ketam.

Menambah, bisnes yang dibantu dua anaknya kini diusahakan secara serius di bawah Azam Good Food.

Jelasnya, usaha anaknya yang sering mempromosi menu tersebut di laman sosial tanpa disangkan mendapat sambutan yang menggalakan.

“Apatah lagi ketika PKP tidak ada kerja yang boleh dilakukan, saya mengusahakan secara sepenuh masa kerana permintaan ketika itu tidka menang tangan.

“Malah sambutan berterusan sehingga masuk bulan Ramadan apabila ramai yang mengulang tempahan seolah-olah ketagih dan ‘berhantu’ dan memberi komen positif di media sosial,” katanya yang sebelum ini mengusahakan produk suplemen.

Menu Sandwich Telur dan Ayam.

Sementara itu, selain begedil dan Vietnam Spring Roll, Azam Goo Food juga menyediakan menu Sandwich Campuran.

Semua harga bermula serendah RM6 bagi begedil, Vietnam Spring Roll (RM14) dan RM6 untuk sandwich tidak termasuk caj penghantaran mengikut kawasan.

Orang ramai yang ingin mencuba menu tersebut boleh menghubungi talian 0192592885 atau 01139934375 atau layari Instagram azamgoofood. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast