Pak John Steamboat & BBQ memperkenalkan menu nasi lemak yang boleh dipesan secara atas talian.

SERDANG – Berita gembira buat peminat stimbot dan panggang apabila Pak John Steamboat & BBQ (Pak John) telah memperkenalkan menu baharu iaitu nasi lemak yang boleh dipesan secara atas talian.

Pengarah Urusan Pak John, CS Chong berkata, pelanggan kini boleh menikmati menu dengan pilihan lauk seperti ayam goreng berempah, ayam masak merah dan campuran makanan laut di cawangan eCurve Damansara.

Beliau berkata, pengenalan menu nasi itu dicipta khas untuk pelanggan-pelanggan setia mereka sebagai menu popular rakyat Malaysia.

“Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pak John perlu kreatif untuk memperkenalkan menu-menu baharu yang mudah ditempah secara atas talian.

“Sebelum ini, kami turut memperkenal menu seperti nasi goreng pelbagai cita rasa, mi udon, nasi ayam, bihun goreng dan aneka juada sup.

“Jadi menu nasi lemak merupakan pilihan tambahan kepada orang ramai yang ingin mencuba menu itu,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Nasi Lemak Seafood.

Chong menambah, menu nasi lemak Pak John cukup istimewa kerana diperbuat daripada resipi tradisional dan pilihan bahan premium seperti ramuan herba, rempah dan sayuran bagi memastikan kualiti terbaik.

Beliau memberitahu, bagi yang berminat dengan menu itu, perkhidmatan penghantaran disediakan di seluruh Lembah Klang.

“Pelanggan boleh memeriksa caj penghantaran ketika mereka membuat pesanan.

“Harga menu kami tidak termasuk caj penghantaran dan enam peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 012-2518289.

Selain eCurve Damansara, Pak John turut beroperasi di IOI City Mall Putrajaya. – MalaysiaGazette

Nasi Lemak Ayam Merah