Mohd Noordin Shariff (kanan) melakukan penghantaran terus kepada pelanggan tauhu bergedilnya di sekitar Melaka Tengah.

AYER KEROH – Terkesan dengan keadaan ekonomi akibat Covid-19 membuatkan seorang lelaki nekad mengubah haluan hidupnya daripada jurugambar kepada tukang masak sepenuh masa.

Seorang jurugambar bebas, Mohd Noordin Shariff berkata, jika dahulu tugasnya merakam memori pada majlis perkahwinan dan keraian tetapi kini bertukar profesion dengan menghasilkan tauhu bergedil.

“Saya menyedari sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dikuatkasakan, industri fotografi lumpuh. Jadi, saya mengambil inisiatif menghasilkan produk makanan harian.

“Lagipun ini persediaan kedua bagi perbelanjaan keluarga”, jelasnya lelaki berusia 32 tahun itu ketika dihubungi di kediamannya di Ayer Keroh, Melaka baru- baru ini.

Mohd Noordin yang berkecimpung dalam industri fotorgrafi sejak lapan tahun lalu mengakui cabaran dalam menguruskan perniagaan sendiri ada turun naiknya.

Tauhu Bergedil Bolat dijual sebekas RM10 dengan penghantaran sekitar daerah Melaka Tengah, Sungai Udang dan Ayer Keroh mengikut jarak dan masa perjalanan.

Mohd Noordin turut menyatakan sepanjang bulan Ramadan, tempahan setiap hari dibuka dan penghantaran bermula jam 4 petang.

Produk keluaran Zayran Kitchen yang diproses sendiri itu mempunyai dua perasa iaitu ayam dan daging beserta kuah kicap resepi turun temurun.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.