Antara pengunjung yang hadir untuk membeli pelbagai jenis jualan kuih dan biskut raya semasa mengunjungi Seskyen Vokasional dan Industi, Penjara KAjang. foto AFFAN FAUZI, 15 MEI 2020

KAJANG – Jabatan Penjara Malaysia menyasarkan peningkatan jualan produk kuih raya keluarannya yang dihasilkan banduan seluruh negara mencecah RM1.5 juta tahun ini.

Ketua Seksyen Vokasional dan Industri, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Zainah Pardi berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan yang menggalakan daripada orang sejak pelaksanaan Perintakan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jelas beliau, tahun lalu penghasilan produk tersebut telah mencatatkan jualan RM1.2 juta.

“Sebelum PKPB, kaedah jualan hanya melibatkan kaedah pandu lalu, tempahan atas talian dan sistem penghantaran dengan Kerjasama Koperasi Penjara Malaysia.

“Namun selepas PKPB, kami tidak sangka jualan naik mendadak kerana ramai yang hadir untuk membeli-belah. Kami yakin mencapai sasaran RM1.5 juta itu kerana terdapat juga institusi di kawasan sekitar yang turut membantu jualan sempena perayaan Aidilfitri.

“Antara kuih-raya yang mendapat permintaan adalah Ombak Rindu dan rempeyek yang dihasilkan dari Penjara Kluang, Johor dan dan Penjara Sungai Udang, Melaka kerana rasa yang berbeza,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Ketua Seksyen Vokasional dan Industri, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Zainah Pardi 

Turut hadir, Pengarah Penjara Kajang, TKP Abdul Halim Ma Hassan.

Ketika ini, jualan produk kuih raya itu diadakan di Galeri Produk My Pride di Penjara Kajang, Penjara Ayer Keroh, Melaka, Penjara Johor Bahru, Johor dan Penjara Kuantan, Pahang.

Produk tersebut dihasilkan oleh 500 penghuni penjara yang melibatkan 10 penjara di seluruh negara.

Zainah menambah, produk kuih-raya itu dihasilkan oleh penghuni yang memiliki Pensijilan Tahap 1 hingga Tahap 2 meliputi bidang penyediaan makanan yang majoritinya banduan wanita.

Beliau menambah, selain jualan Hari Raya, galeri tersebut turut menjual produk dalam bidang pembuatan, makanan, perkhidmatan, fabrik tempahan Diraja, batik dan songket selain pertanian, perternakan dan jahitan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak bersama Pengarah Penjara Kajang, TKP Abdul Halim Ma Hasan melihat pelbagai jenis jualan kuih dan biskut raya semasa mengunjungi Seskyen Vokasional dan Industi, Penjara KAjang. foto AFFAN FAUZI, 15 MEI 2020

Malah katanya, Penjara Kajang di sini antara 12 penjara yang banyak menghasilkan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan ketika wabak Covid-19 ini.

“Selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, pihak kami merancang untuk membuat inovasi dengan memberi lebih fokus kepada perkhidmatan fabik dan penternakan seperti menghasilkan daging lembu dan kambing segar dan kambing serta ayam barbeque,” katanya.

Sementera itu, Galeri Produk MyPride kini beroperasi setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang di penjara yang terpilih. – MalaysiaGazette