Mukhriz Mahathir dan Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir didakwa menggunakan alasan mudah apabila menuduh Datuk Seri Najib Razak sebagai watak utama menjatuhkan beliau.

Alasan ini mengambil kira kedudukan Mukhriz sebagai seorang Menteri Besar dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia- sebuah parti pemerintah yang mempunyai kuasa dan berpengaruh.

Sedangkan, kata pemerhati politik, Ab. Jalil Backer, bekas Perdana Menteri itu sudah tidak mempunyai kuasa, tiada kedudukan, selain akaunnya juga dibekukan.

”Lekeh sangat DS Mukhriz Mahathir bila mengatakan DS Najib Razak sebagai watak utama menjatuhkan beliau.

”Jika benar ini yang berlaku maka mungkin beliau tidak layak menjadi ahli politik, apatah lagi seorang MB,” katanya.

Mukhriz dalam kenyataannya hari ini menggambarkan Najib sebagai pembawa watak protagonis sebenar dalam usaha menggulingkan beliau dari jawatan Menteri Besar Kedah pada 2016 dan sekarang ini.

Beliau mendakwa, tindakan Najib itu tidak lain tidak bukan bertujuan melepaskan dirinya dari tuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Kenapa tidak salah kan Ibu Tun Rahah kerana melahirkan Najib, biasalah kan orang selalu sebut salah ibu mengandung.

  2. punya ler bangang.
    Apa sangkut paut nya kes mahkamah Najib dengan kedudukan Mukhriz sebagai MB Kedah yang terlinkup?
    Bapa borek anak rintik. Asyik tuduh buta dan berfitnah.

  3. Anak bapak kan… Sama ja perangai mcm bapak dia.. Semua salah orang lain sedangkan diri sendiri x betol.. 2 kali pegang kedah.. Xde ape pembaharuan pd negeri kedah.. Sebalik nye sendiri makin kaya raya… Harap2 lah SPRM X buta mata.. Tolong la siasat anak beranak ni…

  4. cukuplah mukhris bagi tahu untok orang tahu. tak payahlah dipanjangkan cerita nanti nampak kamu mengharapkan simpati orang lain.

  5. Dua kali jadi MB tidak sampai sepenggal – Sinar Harian! Aduh malunya!

    Inikah yang dimaksudkan PM TIADA WOW FACTOR? Yillleeekkkkk!

Comments are closed.