Wanita Myanmar yang dipercayai teman wanita kepada seorang ahli perniagaan pengedar tayar yang dituduh atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan membawa kecederaan kepada penjaja pasar malam Pekan Bukit sentosa dihadapakan atas pertuduhan tiada dokumen perjalanan yang sah dibawah Akta imigresen di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 29 MEI 2020

KUALA KUBU BHARU – Saya mengaku salah tapi tak mahu penjara lima tahun. Tolong, jangan puan”.

Itu rayuan tertuduh seorang wanita warga Myanmar, Aye Myat Mon, 25, di Mahkamah Sesyen pada pagi tadi menyebabkan suasana dalam bilik mahkamah gamat seketika.

Tertuduh yang berseluar jeans dan berbaju T lengan panjang dibawa ke mahkamah dengan tangannya digari sebelum dihadapkan di kandang Orang Kena Tuduh (OKT) pada pukul 11.15 pagi.

Kertas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Mengikut kertas pertuduhan, kira-kira pada pukul 10.30 malam pada 22 Mei lalu di seuah premis di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor wanita itu didapati tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk masuk ke dalam negara ini.

Wajah Aye bertukar pucat apabila jurubahasa membacakan hukumannya yang bakal dihadapinya. Dia dituduh di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 (Akta A1154) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 6(3) akta sama.

Dia boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Jurubahasa itu terpaksa membacakan beberapa kali hukuman kerana wanita itu mengadu tidak memahaminya dengan jelas.

Namun setelah dijelaskan hukuman penjara lima tahun, wanita itu mula sebak dan merayu supaya jangan memenjarakannya.

“Saya faham (kesalahan dan hukuman), jangan penjara lima tahun, tolong!” rayu wanita itu sebelum dibawa ke bilik tahanan wanita.

Kesnya ditangguhkan seketika untuk menenangkan keadaan.

Aye sekali lagi dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada pukul 12.05 tengahari selepas dia kembali tenang dan pertuduhannya dibacakan semula oleh jurubahasa sebelum wanita itu mengaku bersalah.

Ditanya sama ada mahu merayu, Aye meminta dia dihantar pulang ke negara asal kerana tidak sanggup menjalani hukuman penjara.

“Saya hanya mahu balik ke Myanmar, minta ringankan tempoh penjara” katanya kepada hakim.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan daripada tarikh tangkapan dan mengarahkan rayuan tertuduh dibuat kepada Ketua Pengarah Imigresen.

Terdahulu, wanita itu ditangkap di kediaman seorang peniaga tayar yang didakwa di mahkamah yang sama atas kesalahan memaki polis dengan kata kesat dan merempuh penjaja di Pasar Pekan Bukit Sentosa pada 22 Mei lalu.

Sebelum ini, polis Selangor dalam kenyataan siasatan kes itu menjelaskan wanita tersebut berada dalam kereta tertuduh lelaki berkenaan semasa kejadian. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Apa ni.. Dr 5 taon tnggl 3bulan…ko msuk sini cara haram.. Ko maki polis pulak tu.. Ishh geram tol aku

  2. Mintak htr pulang….lepas balik ke myanmar….nanti dtg balik me Malaysia….penjara aja 5thn terus…naper lak 3 bulan…

  3. JANGAN BAGI MUKA..!! CINA GATAL CARI ORG MYNMAR BUAT APA? PIMPUAN CINA TAK LAKU SBB PEMALAS. PENJARA! DENDA! SEBAT! DAN WARGA ASING TU LEPAS DAH DENDA PENJARA HANTAR BALIK MYANMAR DAN BLACKLIST! KERAJAAN MALAYSIA KENA TEGAS! CUKOPLAH KERAJAAN UMNO NAJIB DULU LEMBIK LEMAH! JANGAM SAMPI DUNIA NAMPAK MALAYSIA NI MACAM NEGARA TAKDA TELOR!

Comments are closed.