KUALA LUMPUR – Sambil memberi analogi keadaan tidak ubah seperti dua ekor ‘gajah besar’ bertelingkah, kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta menyelesaikan isu berbangkit secara baik.

Penyelesaian melalui meja rundingan dan bukan berterusan menimbulkan konflik serta dakyah sehingga mencetuskan rasa tidak senang dan cemas dalam kalangan ahli parti.

Itulah kata-kata Ketua Bahagian PPBM Bandar Tun Razak, Mohd Shahni Ismail.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bersatu berduka dengan tindakan Tun M

Kata Mohd Shahni, beliau terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan itu kerana tidak mahu untuk terus mengeruhkan keadaan sebaliknya rasa sayang kepada parti.

“Orang boleh kata saya cuba ambil jalan selamat atau safe side. Hakikatnya tidak. Apa yang saya hendak cakap ini sebenarnya berdasarkan apa yang akar umbi rasa, ahli-ahli yang sayangkan parti terutamanya warga PPBM Bandar Tun Razak.

“Pendirian kami di Bandar Tun Razak sangat jelas, kami berdiri teguh dengan sokongan tidak berbelah bahagi kami adalah kepada Presiden parti merangkap Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Itulah sepatutnya kerana ketika ini pemimpin parti ini memegang jawatan nombor satu negara, yang duduk kerusi Perdana Menteri ketika ini adalah TSMY. Ini perlu memberi keutamaan kepada kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi. Beliau adalah Presiden dan juga PM,” katanya.

Ketua Bahagian Bersatu Bandar Tun Razak, Mohd Shahni Ismail (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Ketua Srikandi Bahagian Bersatu Bandar Tun Razak, Datin Neng Hayati Md Ali (kanan) pada sidang media selepas Sumbangan Prihatin Raya Bersatu di Pejabat Bandar Tun Razak, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 30 MEI 2020.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Covid-19 yang turut dihadiri oleh Ketua Armada Bandar Tun Razak, Muhammad Afiq Shahruddin dan Ketua Srikandi Bandar Tun Razak, Datin Neng Hayati Hayatullah Md Ali di sini hari ini.

Jelas Mohd Shahni, sokongan dan rasa hormat itu wajar diberikan kepada yang memegang jawatan Perdana Menteri ketika ini.

“Jika Tun Mahathir adalah PM, kita akan sokong beliau juga. Jika bukan jawatan PM, kita akan berdiri di belakang Presiden parti. Itu yang sebetulnya,” katanya jujur.

Mohd Shahni juga tidak mahu mengulas apa-apa berkaitan dengan krisis kepimpinan terutamanya isu pecat memecat itu sebaliknya membiarkan sahaja pimpinan tertinggi membuat keputusan wajar.

Ketua Bahagian Bersatu Bandar Tun Razak, Mohd Shahni Ismail (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Ketua Armada Bandar Tun Razak, Muhammad Afiq Shahruddin (kanan) pada sidang media selepas Sumbangan Prihatin Raya Bersatu di Pejabat Bandar Tun Razak, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 30 MEI 2020.

“Saya tidak mahu beri komen sama ada pemecatan ini sah atau sebaliknya. Itu biarlah yang bijak dalam hal-hal berkaitan perlembagaan untuk keputusan.

“Tetapi rasa seperti ‘kartun’ dengan apa yang berlaku, yang telah di pecat kemudian kembali memecat yang telah memecatnya. Kartun.

Mudah sahaja, nasihat kepada pucuk pimpinan. Duduklah semeja rundinglah dengan cara baik.Kita jangan fikir kepentingan peribadi, tolong berjiwa besar.

“Di luar sana, ramai juga yang menyokong kepimpinan Muhyiddin. Ramai menarik nafas lega dengan segala macam bantuan di terima khasnya ketika waktu musibah pandemik Covid-19 ini.

“Rata-rata kata alhamdullilah dengan kepimpinan Muhyiddin. Jadi, mari kita letakan dulu kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi. Janganlah asyik kata ‘sah tidak sah’ jangan tambahkan kemelut,” tegasnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya masih Pengerusi Bersatu – Tun M

Saya cuma buat apa yang Tun M mahu – Hamzah

 

4 Komen

  1. Tun ini sama seperti Lee Kuan Yew, rasa hanya dia sahaja yang cerdik pandai di Negaranya. Kalau betul cerdiknya dia, tak akan terbengkalai atau musnah projek pewaja, plaza rakyat, bakun dan kereta terbang.

  2. Tak faham ke dia tidak di pecat tindakannya sendiri telah menggugurkan keahlianya sebagai ahli Bersatu. Susah sangat ke nak fahan dan kini dia bukan lagi ahli Bersatu.

  3. Nak runding mcm mana? Ko pilih satu jer…kalau ko nak menjilat DAP, ko join Medey…kalau ko tak nak DAP, ko pilih Muhyidin..benda simple buat apa nak jd bebal

Comments are closed.