Bront Palarae

KUALA LUMPUR – Pelakon Bront Palarae mengakui memiliki ‘doa tertentu’ buat ahli politik di negara ini.

Tidak memihak kepada mana-mana parti, pelakon filem Bunohan itu mendoakan urusan dipermudahkan bagi sesiapa yang berusaha membantu rakyat.

Namun untuk ahli politik yang mmepunyai niat sebaliknya, Bront mengharapkan balasan daripada Allah.

“Buat pemimpin tak kira di mana-mana kem yang ingin membantu rakyat, mohon dipermudahkan urusannya.

“Buat yang ada niat selain daripada itu, mohon Kau celakakanlah hidup mereka agar jadi pedoman buat generasi akan datang, ya Allah.

“Hanya pada-Mu kami berharap. Amin, ya Robbal Alamin,” ciap Bront di Twitter.

Foto Twitter Bront Palarae.

Ketika ini, pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional telah menyaksikan beberapa perubahan berlaku dalam dunia seni negara.

Antaranya pelantikan bekas pemimpin pertengahan PKR mengetuai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional.

Penggiat seni juga berdepan dengan kesulitan untuk mencari pendapatan ekoran pelbagai larangan yang menghalang mereka bergiat seperti biasa, termasuk menjalani penggambaran filem atau drama, serta mengadakan persembahan pentas sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Kalau kita tengok pemimpin yang mukanya hitam dan keruh itu tandanya hati yang kotor dan tidak suci. Itulah yang dapat kita lihat pada muka Si Tua Si Kitol. Tapi air muka DS NAJIB sentiasa nampak cerah berseri. Pelik kan.

  2. DSN is truly a world-class leader. I marveled at how he could be calm, composed, relaxed when Mahathir and PH made the whole world laugh at him. The last election won by PH through lies, deceit, conspiracy, hate campaign and character assassination leveled against DSN and BN. After winning the election, PH conducted the trial by media to make the rakyat hate DSN. Mahathir used his old tactics and called DSN by terrible names “perompak, pencuri, lanun Bugis, membunuh and the latest penzina. But surprisingly, of late things have changed in Malaysia. PH lost power and now DSN is the number one political leader in the country. Some even expect him to return to active politics. People have realized that he is a victim of Mahathir’s political game. As a bad karma from God, now the rakyat hate Mahathir and PH for not performing well after taking over power in May 2018 from BN. As if it was a curse from God, political leaders in PH started fighting among themselves and lost power. Many among the rakyat are now happy with PN as the new government in Malaysia while waiting for the next election to come by. Nowadays in the social-media, the most hated names in Malaysia are names like; Mahathir, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Khalid Samad, Mat Sabu, Saifuddin Nasution, Tony Pua, Rafizi Ramli, Teresa Kok and Clare Rewcastle Brown of Sarawak Report. My last word will be, May God save Malaysia from Mahathir and PH. May God make Malaysia great again, ameen!

Comments are closed.