KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh bukan langsung Sime Darby Plantation Bhd (SDP), Ultra Oleum Pte Ltd (Ultra) menjual keseluruhan 52 peratus kepentingan ekuitinya dalam Verdant Bioscience Pte Ltd (VBS) kepada SIPEF dan Ackermans & van Haaren NV (AvH) dengan bayaran tunai RM37.4 juta.

SDP dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata. susulan penjualan itu, VBS tidak lagi menjadi syarikat anak syarikat tidak langsung SDP.

Syarikat itu berkata,  SIPEF membeli tambahan 10 peratus pegangan dalam Verdant Bioscience daripada Ultra manakala AVH membeli 42 peratus.

VBS yang diperbadankan di Singapura terlibat terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan sains hayat dan bioteknologi dalam sains perladangan, pembiakan tanaman dan pengeluaran benih. Ia juga menyediakan perkhidmatan pengurusan kepada anak syarikat 94 peratus miliknya PT Timbang Deli.

SDP berkata penjualan itu tidak dijangka membawa sebarang kesan ketara kepada pendapatan, aset bersih disatu dan tahap kadar hutang disatunya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020. – MalaysiaGazette