Gulam Muszaffar Gulam Mustakim

­­KUALA LUMPUR – Mungkin ini soalan polemik bagi sesetengah kem dalam UMNO, tetapi tiada siapa boleh nafikan jika parti ingin duduk dipersada kuasa politik, perlu ada calon Perdana Menteri untuk disaji dan diterima oleh semua, baik ahli mahupun rakyat.

Senario sekarang yang ramai mendesak supaya Parlimen dibubarkan, tetapi mereka mungkin lupa UMNO masih tiada nama untuk calon Perdana Menteri, yang merupakan isu utama perlu diselesaikan sebelum menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Demikian luah ahli akar umbi UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim yang turut menjelaskan, dengan adanya calon Perdana Menteri dari UMNO sedikit sebanyak memberi faktor tambahan juga “test the market” untuk melihat maklum balas serta penerimaan ahli parti dan rakyat dengan calon yang bakal dipersembahkan.

“Saya juga percaya, isu banyak kem dalam UMNO dan pilihan masing-masing dapat redakan, kerana satu proses rekonsilasi pasti akan berlaku untuk mengendurkan tekanan atau desakan dan memuaskan hati penyokong.

“Ini memang lumrah dalam politik, proses tawar menawar bukan lagi rahsia dalam senario politik masa kini.

“Pada firasat saya, UMNO ramai figura politik yang hebat untuk diketengahkan dan maaf cakap, ada juga fikir mereka hebat walhal tidak dan sekadar syok sendiri,” katanya menerusi tulisan yang dimuatnaik menerusi Facebooknya hari ini.

Gulam Muszaffar yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu berkata, pimpinan parti perlu dari sekarang bergerak ke arah mencari calon Perdana Menteri untuk persiapan menghadapi PRU-15.

Ujarnya, masa makin suntuk dan ahli bimbang apabila berlaku pilihan raya secara tiba-tiba, parti masih teraba-raba kerana tiada kad “poker” untuk calon Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.