Pakatan terancang antara mereka berdua ini akhirnya terdedah juga kepada umum dakwa Kamarul Zaman.

SAYA baru berkesempatan meneliti surat rasmi Tan Sri Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara (waktu itu) kepada Lim Guan Eng yang merupakan Menteri Kewangan (waktu itu) yang ditularkan dalam media sosial semalam.

Penelitian ke atas surat bertarikh 14 Jun 2019 tersebut menunjukkan bahawa:

1. Lim Guan Eng memang ada membuat permohonan rasmi kepada Tommy pada 31 Mei 2019 supaya wang dalam akaun-akaun bank milik Tan Sri Lim Soon Peng yang dibekukan oleh SPRM dilepaskan. Ini terbukti melalui tajuk surat Tommy kepada Guan Eng yang berbunyi “Permohonan Untuk Melepaskan Akaun-Akaun Dibekukan Milik Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng” dan melalui ayat pertama pada perenggan pertama surat itu yang berbunyi “Saya merujuk kepada surat YB bertarikh 31 Mei 2019 mengenai perlepasan wang dalam akaun-akaun bank milik Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng”.

2. Tommy memang ada mendedah dan membocorkan kepada Guan Eng maklumat-maklumat sulit siasatan yang dibuat oleh SPRM ke atas Lim Soon Peng sepertimana yang dibekalkan oleh pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara dan pegawai-pegawai SPRM kepada Tommy. Ini terbukti melalui ayat kedua pada perenggan pertama surat itu yang berbunyi “Pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara dan SPRM telah menasihatkan bahawa fakta-faktanya adalah seperti berikut”, diikuti oleh keseluruhan ayat pada perenggan surat itu yang berbunyi “SPRM telah merampas empat akaun bank milik Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng…”, keseluruhan ayat pada perenggan surat itu yang berbunyi “Sewaktu siasatan ke atas 21 cek yang diterima berhubung wang berjumlah RM4,085,561.00 daripada sumber-sumber meragukan dan tidak sah…”, keseluruhan ayat pada perenggan surat itu yang berbunyi “Mengikut penyiasat-penyiasat SPRM…”, dan keseluruhan ayat pada perenggan surat itu yang berbunyi “Adalah dimaklumkan juga bahawa Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng telah, pada 26 Oktober 2018, bersetuju untuk membayar RM330,384.00…”.

3. Tommy memang ada memaklumkan kepada Guan Eng bahawa beliau telah mengarahkan SPRM supaya melepaskan wang dalam akaun-akaun Lim Soon Peng seperti yang dimohon oleh Guan Eng. Ini terbukti melalui keseluruhan ayat pada perenggan terakhir surat itu yang berbunyi “Oleh itu, saya telah mengarahkan SPRM supaya menarik balik semua arahan pembekuan ke atas akaun-akaun bank milik Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng. SPRM diharapkan akan mengambil tindakan-tindakan perlu secepat mungkin”.

Pada hemat saya, terdapat tiga isu utama yang berbangkit daripada kandungan surat rasmi Tommy kepada Guan Eng ini, iaitu:

1. Apakah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang negara bila Guan Eng menulis surat rasmi atas jawatan beliau selaku Menteri Kewangan untuk memohon kepada Peguam Negara supaya melepaskan wang dalam akaun-akaun bank milik Lim Soon Peng yang dibekukan oleh SPRM?

2. Apakah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang negara bila Tommy, melalui pemakluman kepada Guan Eng di dalam surat rasmi atas jawatan beliau selaku Peguam Negara, mendedah dan membocorkan kepada Guan Eng maklumat-maklumat sulit siasatan yang dibuat oleh SPRM ke atas Lim Soon Peng sepertimana yang dibekalkan oleh pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara dan pegawai-pegawai SPRM kepada beliau?

3. Apakah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang negara bila Tommy, melalui pemakluman kepada Guan Eng di dalam surat rasmi atas jawatan beliau selaku Peguam Negara, mengarahkan SPRM supaya melepaskan wang dalam akaun-akaun Lim Soon Peng seperti yang dimohon oleh Guan Eng?

Saya melihat Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri mencatatkan di dalam komen beliau begini, “Guan Eng langsung tak ada kaitan dengan kes taikun itu. Kenapa pula dia perlu sibuk – siap tulis surat rasmi Kementerian Kewangan kepada Peguam Negara?” dan begini, “Tommy telah mengesahkan Guan Eng telah salah guna kuasa dan Tommy telah melanggar undang-undang kerahsiaan SPRM apabila dia membocor butiran kes kepada Guan Eng”.

Sahabat saya, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mantan Peguam Negara pula mencatatkan di dalam komen beliau begini, “Seorang Peguam Negara yang bijak tidak akan melayan apa-apa permohonan daripada mana-mana ahli Kabinet untuk melepaskan mana-mana harta yang dibekukan oleh agensi penyiasat”, begini, “Seorang Peguam Negara yang bijak tidak akan campurtangan di dalam siasatan oleh agensi penyiasat, termasuk pembekuan harta”, dan begini, “Tindakan menarik balik secara mudah mana-mana arahan pembekuan harta adalah satu penyalahgunaan kuasa dan tidak patut dilakukan oleh seorang Peguam Negara yang bijak”.

Begitupun, saya sendiri tidaklah bijak untuk membuat apa-apa tuduhan kepada sesiapa dan sekadar mahu melihat perbincangan di kalangan para bijak pandai undang-undang di negara kita mengenainya, khususnya bila saya melihat kepada kebisuan pihak-pihak tertentu yang sebelum ini akan sentiasa terkedepan dalam membicarakan isu-isu sebegini.

Paling tinggi pun saya sekadar mahu mengulangi gesaan yang dibuat oleh sahabat saya Mohd Haniff Khatri Abdulla bahawa “jika alegasi yang terkandung dalam laporan itu adalah benar,  maka GUAN ENG dan TOMMY THOMAS juga WAJIB memberi alasan sah perundangan yang digunapakai mereka berdua dalam melaksanakan tindakan itu, jika ada” dan bahawa, “pihak berkuasa yang terbabit sama ada POLIS dan/atau SPRM hendaklah diberi ruang untuk menyiasat alegasi ini, dan mengambil tindakan lanjut terhadap sesiapa yang terlibat melakukan sebarang kesalahan, jika ada, berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang”. – MalaysiaGazette

Surat rasmi Tommy kepada Guan Eng boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/330750857632133/posts/557007651673118/

Komen Datuk Seri Najib Razak boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10157088889785952&id=157851205951

Komen Tan Sri Mohamed Apandi Ali boleh dibaca di sini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=2734331933361478&id=100003540954256

Komen Mohd Haniff Khatri Abdulla boleh dibaca di sini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=1077123422688554&id=100011727181479

Dr Kamarul Zaman Yusof

Dr. Kamarul Zaman Yusof adalah penganalisis politik yang juga pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM)

5 Komen

  1. Baru kerusi Peguam Negara , kerusi Menteri Kewangan…. nafsu manusia namanya kan. bgaimana pule dgn kerusi PM, ada yg tak nak lepaskn, ada yg tak dpt2 nk merasa, ada tak yg mcm terpaksa ne duduk. Dalam berjuta2 rakyt mesia 7 org je dpt rasa..
    Tulisan Tn Dr ok, mintak tulis pasal kewangan negara pula… atau kekayaan negara.

  2. Ramai yang saran Peguam Negara yang baharu MELANTIK Dr Shafee Abdullah untuk menjadi pendakwaraya dalam mendakwa kedua2 PENYANGAK ini!

    InsyaAllah dengan kepakaran luas dalam bidang jenayah beliau akan dapat meyelesaikan kes ini dengan CEPAT!

    Jangan lagi berlengah!

  3. Harap pihak sprm n pdrm cepat2 bertindak dgn lapiran itu..aku nk tgok anjing dua ekor ni masuk pjara…

  4. Jadi skrg ni adakah masih salah DSN, dimana letaknya kedaulatan undang2 yg kita semua rakyat Malaysia harus patuhi sebagai rakyat yg syg kan negara, apakah undang2 hanya diwajibkan ke atas rakyat2 biasa dan tidak kpd mereka2 yg ada kedudukan dan berkuasa shj..DI MANA LETAK KEADILAN

  5. Inilah sebenarnya objektif DApigs… Kongsi kuasa dan dapatkan kekebalan. Kill GST to protect tauke2 depa. Madey knows this very well but he was too busy babysitting boboboi.

    Pak Kadok in his propaganda has silenced this end of the bargain selagi Madey kekal pm. Melayu dan Islam mau hancur mereka peduli apa.

Comments are closed.