Anwar mahu Ahli Parlimen dan ADUN PH ambil kesempatan kelonggaran PKPP bermula 10 Jun ini untuk bertemu rakyat sebagaimana dilakukannya di Port Dickson semalam.

KUALA LUMPUR – Netizen menyambut baik gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) segera turun padang ketika kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bagaimanapun, pada masa sama, mereka memberi amaran, pastikan menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, bukan menjaja cerita kegagalan peralihan kuasa sehingga PH tumbang pada 24 Februari lalu.

Netizen tidak mahu pemimpin terbabit datang jumpa rakyat dengan tujuan memfitnah dan menabur janji kosong sebagaimana mereka lakukan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Turun berkhidmat, boleh. Kalau turun nak jaja cerita peralihan kuasa, tapak kasut aku bagi. Aku tak peduli,” kata netizen yang mengguna pakai nama Mawardi Ab Karim menerusi ciapan balas di Twitter Anwar, semalam.

Netizen itu mengulas balik status Anwar yang menggesa pemimpin parti gabungan PH melibatkan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) perlu mengambil kesempatan PKPP untuk turun bertemu rakyat.

Beliau yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan turut berkongsi programnya di Port Dickson semalam, mahu Ahli Parlimen dan ADUN PH masing-masing menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Seorang lagi netizen mempersoalkan, kenapa ketika PH menjadi kerajaan dari 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020 lalu, mereka tidak turun bertemu rakyat dan hanya sekadar menghantar pegawai khas sahaja untuk berurusan dengan masyarakat.

“Ketika jadi kerajaan tak suka turun ke bawah.. (hanya) hantar pegawai-pegawai khas sahaja, atau pun sekadar wakil Parlimen yang uruskan.

“(Tapi), bila sudah tidak jadi kerajaan lagi, pakat turun jumpa rakyat, nanti jangan lupa rasai denyut nadi rakyat,” sindir netizen yang memakai nama samara White Bird.

Netizen Aman Hotmail turut menyindir dengan menyifatkan gesaan Anwar itu sebagai betul dan pemimpin PH perlu menunaikan kewajipan mereka sebagai wakil rakyat.

Katanya, mereka tidak wajar mensia-siakan undi yang telah diberikan oleh rakyat, walaupun Manifesto PH yang dijanjikan pada PRU14 tidak ditunaikan.

“Tetapi, berkhidmatlah untuk rakyat yang mengundi anda,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. jadi kerajaan asyik bergaduh rebut nak jadi PM, perlekeh rakyat, sekat bantuan rakyat, tangkap organ sana sini kononya suci, bila dah tiada kuasa pun masih perangai sama . Fikir2lah rakyat Malaysia #cukupcukuplahderita21bulan#tolakpolitiksiasiaph

  2. Cuma nak tanya,PKPP 10hr bulan @ 8hr bulan…macam mana semalam (8/6) da mula program…

  3. Letak je jawatan semua wakil rakyat ph sebab lansung takde berkhidmat kepada masyarakat. Kalau lee lam thye dulu ok boleh tahan.

Comments are closed.