TERKINI : Dua Anggota Polis ‘RASUAH’ Mengaku Tidak Bersalah

Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 1 hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima wang suapan berunsur rasuah daripada warga asing pada Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh yang berpakaian baju kemeja T biru muda dan kemaja hitam hadir ke mahkamah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pada jam 8.50 pagi.

Mereka membuat pengakuan tidak bersalah semasa pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan hakim, Rozilah Salleh.