KKM) mengesahkan tiada penambahan kes baharu positif Covid-19 membabitkan pasukan barisan hadapannya.-Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada penambahan kes baharu positif Covid-19 membabitkan pasukan barisan hadapannya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini, jumlah kes positif melibatkan barisan hadapan pasukan kesihatan kekal pada angka 416 sahaja.

“Manakala secara umum, kita tidak mempunyai data kes melibatkan polis, tentera dan RELA. Ia hanya barisan hadapan kesihatan dan 80 peratus mendapat jangkitan dari luar hospital iaitu dalam kalangan komuniti manakala selebihnya dari pesakit dan rakan sejawatan mereka,” katanya dalam sidang media jangkitan semasa Covid-19 di kementeriannya hari ini.

Malah katanya, KKM tidak mempunyai data lengkap kes positif untuk polis, tentera dan RELA tetapi boleh dikumpulkan kelak.- MalaysiaGazette