Orang ramai tidak melepaskan peluang bersiar pada cuti hujung minggu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 14 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Penularan wabak covid-19 merubah kehidupan manusia kepada norma baharu manusia bukan hanya di Malaysia tetapi juga di dunia.

Pengunjung dilihat mengamalkan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

Tinjauan MalaysiaGazette di Jalan Bukit Bintang mendapati bilangan pengunjung mula meningkat selepas lima hari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan.

Walaupun jumlah pengunjung meningkat tetapi setiap individu mempunyai tanggungjawab kendiri dan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Seorang pengunjung, Ahmad Khusairi berkata, beliau dan keluarga mengamalkan norma baharu demi kesihatan bersama.

Malah katanya, ia bukannya satu masalah untuk dituruti demi mengekang wabak daripada terus merebak.

Seorang kanak-kanak disaring suhu badan sebelum memasuki premis perniagaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 14 JUN 2020.

Menurutnya, pemeriksaan suhu di setiap pintu masuk premis perniagaan merupakan sesuatu yang merumitkan namun ia perlu dilakukan bagi kebaikan bersama.

Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di Kampung Baru mendapati setiap restoran dan warung mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

Menurut salah seorang pengunjung Aisyah Mainor berkata, setiap SOP yang ditetapkan oleh kerajaan pada mulanya agak sukar diamalkan kerana ia adalah kejutan budaya kepada masyarakat Malaysia.

Katanya, Namun apabila ia dipratikkan selama hampir tiga bulan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan SOP mula menjadi amalan masyarakat. – MalaysiaGazette