Raphael Yanyi

KINSHASA – Seorang hakim yang didakwa mati kerana serangan jantung semasa mengikuti perbicaraan membabitkan Ketua Kakitangan Pejabat Presiden Republik Demokratik Congo sebenarnya ditikam di kepalanya.

Menteri Kehakiman, Celestin Tunda Ya Kasende berkata, siasatan pembunuhan sedang dijalankan.

Pada Mei lalu, polis berkata Hakim Raphael Yanyi mati akibat serangan jantung.

Ketika itu beliau sedang mendengar perbicaraan Vital Kamerhe.

Tetapi bedah siasat menunjukkan “dia mati akibat pukulan tajam atau benda seperti pisau, yang ditikam di atas kepalanya”, kata Celestin.

Tubuh Yanyi juga menunjukkan tanda-tanda “bahan toksik dalam dos yang tidak mematikan”, kata kementerian kehakiman.

Kamerhe, yang pernah menjadi anggota utama pemerintahan Presiden Felix Tshisekedi, dituduh menggelapkan dana awam lebih daripada AS$ 50 juta (£ 39 juta).

Dia menafikan semua tuduhan melakukan kesalahan.

Penyokongnya yakin perbicaraan itu bermotifkan politik – bertujuan untuk menghentikannya sebagai calon presiden akan datang.

Kamerhe adalah ahli politik berprofil tinggi yang pernah menghadapi tuduhan sedemikian di negara ini.

Perbicaraan diteruskan dengan hakim pengganti setelah kematian Yanyi.- MalaysiaGazette