Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (tengah) bercakap pada sidang media harian berkenaan Covid-19.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu di Sarawak yang dipanggil Kluster Kidurong.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengesan enam kes daripada kluster tersebut.

Katanya, kes indeks adalah seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di mana dia dikesan positif pada 12 Jun lalu.

Aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati bahawa ahli keluarga beliau juga telah dikesan positif Covid-19 iaitu ibu, bapa dan dua adik-beradiknya.

“Salah seorang rakan kepada ayah kes ini juga didapati positif Covid-19 menjadikan ini sebagai sebuah kluster baharu di Kidurong,” katanya pada sidang media Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham lagi, susulan daripada itu, siasatan dan saringan kontak rapat telah dijalankan
di mana setakat ini seramai 231 orang telah dikenalpasti.

Ujarnya, 163 orang telah disaring dan kesemuanya adalah negatif Covid-19. dan punca jangkitan masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast