KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) memutuskan untuk melanjutkan penangguhan sementara jualan singkat atau ‘short-selling’ sehingga 31 Disember 2020.
Tiada sebarang perubahan terhadap skop penangguhan, oleh itu, ia tertakluk kepada jualan singkat intra hari (IDSS) dan jualan singkat dikawal selia (RSS) serta jualan singkat intra hari oleh Proprietary Day Traders.
SC dan Bursa Malaysia dalam kenyataan bersama berkata, jualan singkat yang dibenarkan (PSS) tidak dipengaruhi oleh penangguhan jualan singkat sementara kerana PSS diperlukan agar penggerak pasaran boleh memasarkan sekuriti yang relevan seperti pertukaran dana yang diperdagangkan dengan cekap.
Penangguhan sementara yang bermula sejak 24 Mac lalu dilanjutkan pada 28 April 2020 dan dijadualkan berakhir pada 30 Jun 2020. – MalaysiaGazette