KUALA LUMPUR- Tenaga Nasional Bhd. (TNB) membayar dividen tertinggi dalam sejarah sebanyak RM5.69 bilion bagi tahun kewangan 2019.

Ia melibatkan pembayaran dividen sebanyak 50 sen sesaham ditambah dengan dividen khas sebanyak 50 sen sesaham.

Pengerusinya, Datuk Seri Mahadzir Khalid dalam satu kenyataan selepas mesyuarat agung tahunan syarikat berkata, pembayaran tertinggi dalam sejarah itu adalah hasil kecekapan operasi syarikat serta pengurusan kewangan yang berkesan.

Setakat Mei 2020, pemegang saham utama TNB adalah Khazanah Nasional Bhd. yang memegang 25.8 peratus ekuiti, Permodalan Nasional Bhd. (18.1 peratus), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (16.7 peratus), Kumpulan Wang Persaraan (6.7 peratus) dan agensi-agensi kerajaan lain seperti Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang memiliki 1.2 peratus saham.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Dividen tinggi tu bukan kecekapan tapi hasil dari duk perah air mata rakyat dgn bil letrik yg tak masuk akal

  2. Syukur Alhamdulillah. Dividen tinggi maknanya pemegang2 sahamnya turut dpt durian runtuh. Harap2 ASB dan LUTH pun tinggilah.

Comments are closed.