Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan sebanyak RM33.04 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam sebanyak RM31.13 bilion.

Bank pusat akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk tujuh dan 14 hari.

BNM juga akan melaksanakan tender Qard Matang Pelbagai Islam (iRMA) bernilai RM4.2 bilion untuk tempoh tujuh hingga 31 hari, tender repo berbalik sebanyak RM500 juta untuk 31 hari dan tender repo bernilai RM800 juta untuk tempoh 92 hari .

Ia mengumumkan transaksi Repo Berbalik , Perjanjian Jual dan Beli Semula (SBBA) dan kemudahan transaksi Murabahah Komoditi Bercagar (CCM) tersedia untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4 petang, BNM akan mengendalikan sehingga RM30.7 billon tender semalaman konvensional dan RM26.9 bilion untuk tender semalaman Murabahah. – MalaysiaGazette