Kerajaan Thailand menyekat kedatangan pendatang asing tanpa izin bagi membendung wabak Covid-19. Foto Agensi

BANGKOK- Pemeriksaan di jalan-jalan raya berhampiran kawasan sempadan akan dijalankan bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke Thailand.

Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Taweesilp Visanuyothin, ini adalah langkah untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Thailand merekodkan sifar kes penularan tempatan sejak 45 hari lalu.

Bagaimanapun, ia tidak boleh menganggap negara tersebut bebas 100 peratus daripada wabak Covid-19.

“PATI akan kembali semula kerana kita sekarang berada di fasa kelima pelonggaran sekatan perniagaan dan ini menyebabkan peningkatan permintaan terhadap tenaga buruh,” katanya.

Pihak berkuasa keselamatan mengakui mereka tidak mampu untuk menutup sepenuhnya pintu sempadan daripada PATI.

Dengan itu, mereka terpaksa membina lebih banyak pos pemeriksaan di jalan-jalan raya menuju ke bandar bagi menghalang PATI.

Selain itu, kira-kira sejuta sukarelawan kampung akan bekerjasama menyampaikan maklumat sekiranya ternampak PATI berada di kawasan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast