PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang baharu berkuatkuasa 10 Ogos depan.

Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Zakaria Ahmad yang telah bersara wajib pada 28 Jun lalu dan dipangku oleh Timbalan Pengarah JSJK Bkt Aman Datuk Saiful Azly Kamaruddin.

Turut terlibat dalam pertukaran jawatan terkini adalah pegawai Turus Perundangan/Naziran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Deputi Superintendan Tium Ming Kung.

Beliau akan menyandang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu dengan kenaikan pangkat sebagai Superintendan.

Sementara itu Deputi Superintendan, Lye Boon Choy yang akan menerajui jawatan Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Kontinjen Johor dengan memangku pangkat Superintendan.

Ketika ini beliau merupakan Pegawai Turus Pengangkutan,Bahagian Pengangkutan Jabatan Lojistik dan Teknologi Johor.

Pengumuman pertukaran jawatan itu dikeluarkan menerusi kenyataan oleh Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Senior Asisten Komisioner Datuk Asmawati Ahmad. – MalaysiaGazette