Ahmad Maslan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini dilantik sebagai pencadang usul titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada persidangan Dewan Rakyat, bermula esok.

Perkara itu disahkan oleh Ahmad sendiri dan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pra Persidangan Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, hari ini.

“Saya dipilih untuk mencadang usul menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda YDPA.

“Saya diberi masa yang panjang untuk berucap dan membahaskan.

“Jadi saya kena buat persiapan untuk berucap sekitar dua jam, itu satu cabaran kepada saya.

“Kemudian usul saya itu akan disokong oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, barulah kemudiannya diberi kepada ketua pembangkang giliran,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan bangunan Puspanitapuri, hari ini.

Menurut Ahmad, antara topik yang akan disentuh dalam ucapan perbahasan itu termasuklah isu pandemik Covid-19 dan ekonomi negara.

“Jadi saya akan membuat yang terbaik Insya-Allah untuk menyokong usul menjunjung kasih kepada titah Seri Paduka Baginda YDPA.

“Antaranya mengenai usaha-usaha kerajaan untuk menangani Covid-19, selain mengenai isu-isu ekonomi.

“Ada banyak (perkara), termasuk pantun mesti ada,” katanya.

Ditanya mengenai perbincangan mengenai masa depan PN pada persidangan Dewan Rakyat kali ini, bagaimanapun beliau menjelaskan hanya melibatkan urusan Parlimen.

“Itu tiada (bincang masa depan PN), cuma urusan Parlimen saja,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.