Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR- Platform bursa matawang kripto terbesar dunia, Binance dimasukkan dalam Senarai Peringatan Pelabur oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Senarai tersebut menyenaraikan entiti-entiti yang tidak mematuhi undang-undang sekuriti Malaysia.

Dalam laman webnya, SC berkata, Binance beroperasi sebagai sebuah pasaran tanpa mendapat kelulusan daripada badan tersebut.

Ia turut menunjukkan platform rakan kepada rakan (P2P) Binance pada Mac lalu menyokong pengguna membeli sesetengah matawang kripto termasuk Bitcoin, USD Tether dan Ethereum menggunakan matawang ringgit.

Binance memulakan operasi pada Julai 2017 di China tetapi kemudiannya berpindah operasi ke Jepun apabila Kerajaan China mengharamkan dagangan matawang kripto pada September 2017.- MalaysiaGazette