KUALA LUMPUR- Penceramah bebas Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan Prof. Datuk Dr. Mohd. Azmi Omar antara ahli baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, SC berkata, barisan baharu MPS itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 31ZK Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA).

“Kepakaran dan pengalaman ahli-ahli MPS ini akan dapat meningkatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju pasaran modal Islam. Keputusan yang dibuat oleh SAC juga memberikan lebih kejelasan, ketekalan dan keyakinan kepada semua pihak berkepentingan dalam pasaran modal Islam di Malaysia, yang seterusnya akan memudahcarakan usaha-usaha pembangunan oleh para pengamal pasaran.

“Fungsi kritikal ini akan menyokong lebih banyak inovasi dan inisiatif pengantarabangsaan pasaran, serta kemampanan dan pengembangan produk dan perkhidmatan kita,” kata Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar.

Berikut senarai lengkap sembilan ahli MPS:

  1. Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Eksekutif Amanie Group
  2. Prof Madya Aznan Hasan, Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (IIiBF)
  3. Dr Shamsiah Mohamad, Bekas Penyelidik Kanan, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
  4. Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (IIiBF)
  5. Prof Dr Ashraf Md. Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, ISRA International Consulting Sdn Bhd
  6. Prof Dr Asmadi Mohamed Naim, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia
  7. Prof Madya Dr Mohamed Fairooz Abdul Khir, Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Islam Malaysia (UIM)
  8. Prof Dato’ Dr Mohd Azmi Omar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, International Center for Education in Islamic Finance (INCEIF)
  9. Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Elzar Shariah Solutions and Advisory Sdn

– MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Bukan ke saudara ni yg membantu pemahaman atas kewajaran penjualan aset2 TH. Jadi pakar sekuriti yg islamil lah ya bukan pakar perladangan… ana tak paham satu apa pun…

Comments are closed.