IMBAS. Datuk Seri Najib Razak bersama Lim Guan Eng satu masa dahulu.

KUALA LUMPUR – Biarpun sedang disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung berkaitan siasatan kes terowong dasar laut, Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat sempat berbalas kenyataan di Twitter.

Setiausaha Agung DAP itu yang dipanggil buat hari ketiga hari ini berkata, cabaran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk sesi penerangan live tentang beliau perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Kerajaan Malaysia, tidak perlu dilayan.

“Najib cabar saya untuk buat live pasal isu dia tak bayar cukai RM1.69 bilion. Buat apa cabar saya, cabarlah keputusan mahkamah dan LHDN,” katanya di Twitter hari ini.

Semalam, Najib mencabar Guan Eng untuk menerangkan tentang kenapa dana yang disebut RM2.6 bilion masih dikira sebagai pendapatan walaupun telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian.

“Dan lepas itu, ianya dikenakan denda penalti 10% + 5% pulak sehingga sampai ke RM1.7 bilion.

“Saya nak tanya dia jika ini satu bentuk salahguna kuasa kerajaan untuk menekan lawan politik dan siapa yang terlibat.

“Saya nak dia jelaskan kenapa permohonan saya kepada Panel rayuan cukai pada April 2019 untuk mempertikaikan tuntutan cukai ini tidak pernah dibenarkan walaupun ini adalah hak pembayar cukai di bawah akta cukai.

“Beranikah dia nafikan perkara-perkara di atas?, soal Najib.

Rabu lalu, Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Ahli Parlimen Pekan itu perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Kerajaan Malaysia.

Ia berikutan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan penghakiman terus berhubung saman dikemukakan terhadap bekas perdana menteri itu bagi menuntut jumlah tunggakan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Nak alih perhatian tentang isu terowong lah. Tak lama lagi nak kena simpan. Satu lagi PRK di Pulau Pinang. Madey jadk SU Agung DAP bari lah.

  2. Madey kuat penipu, biar kan madey kena sumpah Mahsuri Langkawi tujuh keturunan nya merana.

  3. Pkr, umno, bersatu, amanah, pas,mca, mic, warisan@putra@apa aja@shj jenma parti bikinan kepala otak manusia sama dari segi sifat, akhlak, budibahasa, kridibiliti semuanya sama juga,satu pun tak boleh di gunapakai, campak ddlm api itu terbaiknya, termasuk para penyokonhnya…….

  4. LHDN tu bawah Kementerian Kewangan..dan ko Menteri Kewangan masa tu…bodih punya Apek

  5. Semua kes dimakamah berpandukan pada lapuran. Jika lapuran itu dibuat oleh LHDN. Dengan teliti Dan diadakan bukti. Dari kementerian kewangan pasti lah terbukti. Semu bank akan memberi Kerja sama dengan kementerian kewangan Dari segi apa sudut sekali pun. Terutama pada bank yang terbabit dalam sesuatu kes.

  6. Selagi aku melayu dan islam aku akan pangkah hanya BN atau PAS atau Bersatu. Tidak akan sekali kali membenarkan PH yg didokong oleh DAP durjana kapir harbi menguasai semula Putrajaya walau sesaat. Hidup islam di Tanah Melayu bertuah.

Comments are closed.