Kedai Lemang To'ki sering menjadi tumpuan pelanggan terutama pada hujung minggu.

KUALA LUMPUR – Kedai Lemang To’ki tidak lagi membenarkan para pelanggannya menikmati hidangan di premis utama dan cawanagan keduanya di Bentong susulan penularan semula wabak Covid-19.

Notis ini berkuatkuasa sehingga 31 Ogos ini.

”Dengan situasi penularan wabak Covid-19 yang kini kembali aktif di beberapa buah negeri di negara ini.. Kami pihak pengurusan Lemang To’ki mengambil tanggungjawab dan langkah-langkah pencegahan penularan wabak ini dengan “TIDAK” membenarkan pelanggan  menikmati hidangan di meja (dine-in) di dua rangkaian restoran kami.

”Memandangkan restoran ini adalah tumpuan utama pengunjung-pengunjung di daerah Bentong pada setiap hujung minggu, maka ini akan meningkatkan lagi risiko jangkitan jika kami terus membenarkan pelanggan hadir menjamu selera di sini,” kata pengurusan kedai lemang popular ini menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun, operasi kedai akan terus beroperasi dan pelanggan hanya dibenarkan beli secara bungkus mulai jam 8 pagi hingga 4 petang pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Selepas pukul 4 petang hingga 12 malam barulah pelanggan dibenarkan untuk makan di dalam kedai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast