KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan kes SRC International yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Abdul Razak bukanlah penamat bagi perjuangan untuk mencari keadilan bagi bekas Perdana Menteri itu.

Walaupun hukuman telah dijatuhkan, pihak pembelaan telah merayu, ini bermakna terdapat lagi ruang pembelaan untuk Datuk Seri Najib di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Lazimnya, kes berprofil tinggi seperti ini, terutamanya melibatkan tokoh politik dan bekas pemerintah akan dibawa ke peringkat tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan untuk dibicarakan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri melihat fakta dan keputusan kes ini akan disemak semula oleh panel hakim mahkamah yang lebih tinggi dan berkemungkinan satu keputusan baharu dapat dicapai oleh mereka.

“Sebagai ahli parti, dan penyokong Datuk Seri Najib, kita harus akur dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

“Namun kita juga mendoakan agar panel Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan meneliti dengan lebih lanjut keputusan yang telah dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemuda UMNO Shah Alam juga berharap agar semua pihaknya khususnya anggota UMNO tidak mencerca atau memberi komen negatif kepada mana-mana institusi perundangan di negara ini.

“Bersabar dan bertawakallah agar pemimpin yang kita hormati dan sanjungi ini akan terus terbela nasibnya.

“Semoga Allah memelihara Datuk Seri Najib dan seluruh ahli keluarganya. Semoga beliau diberikan kemudahan dan peluang untuk mendapat keadilan sewajarnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.