Firdaus Azil

KUALA LUMPUR – Wartawan Astro Awani, Firdaus Azil membuat permohonan maaf berhubung ciapannya yang dianggap mengelirukan orang awam berhubung kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu hantaran, beliau menyatakan kekhilafan mengenai ciapannya itu yang boleh mengundang kontroversi.

“Satu ciapan telah dipaparkan oleh saya melalui akaun ini yang memetik kata-kata Presiden UMNO bahawa parti menarik diri dari gabungan Perikatan Nasional.

“Dan ciapan itu disusuli dengan pendapat saya kemungkinan PM akan hilang sokongan seterusnya menyebabkan kejatuhan Perikatan Nasional. Disusuli pula dengan ciapan kontroversi – Dari #SabahMemilih ke #MalaysiaMemilih – bermaksud berkemungkinan PRU,” katanya menerusi hantaran itu.

Menurut Firdaus, beliau menyedari kekhilafannya itu selepas membaca penerangan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berhubung perkara tersebut.

Katanya, selepas mendapatkan pandangan, beliau mengakui kedua-dua kenyataannya itu salah dan mengelirukan orang awam.

“Sehubungan itu, ciapan berkenaan telah ditarik balik serta-merta dan disertai dengan permohonan maaf dari saya Firdaus Azil.

“Ia merupakan satu tindakan yang amat dikesali, dan tidak akan diulangi pada masa akan datang,” ujarnya.

Firdaus turut memberitahu bahawa ciapannya itu tidak mewakili organisasi tempatnya bekerja serta memohon maaf kepada pihak terlibat. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. TAK PAYAH MALU2 LA NAK NGAKU,SEMUA TAHU ASTRO MACAI KRONI MAHATHIR,APA NAK SEGAN…TAK PERLU HIPOKRIT LA ASTRO…SEJARAH NAIK ASTRO PON RAKYAT TAHU LA..

Comments are closed.