NILAI – Selari dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif memperkasakan keusahawanan pelajar melalui penghasilan produk seni.

Ini bertepatan dengan hasrat Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM agar pelajar melibatkan diri dalam keusahawanan supaya dapat melahirkan lebih ramai prosumer selari dengan kehendak pasaran kerjaya dan industri.

Justeru, Pusat Kebudayaan USIM telah mengadakan majlis pelantikan Karyawan
Seni dan Penasihat Produk Seni  bagi mendapatkan sokongan industri dalam merealisi dan melonjak usaha mempromosikan produk-produk seni pelajar ke arah kontemporari
selain menepati kehendak pasaran.

Bagi merealisasikan  dan melonjak usaha mempromosikan produk-produk tersebut,
beberapa karyawan seni tanah air dalam bidang-bidang tertentu turut menyumbang
kepakaran dan dilantik sebagai Karyawan Seni USIM seperti Datuk’ Nash (Karyawan Persembahan Seni); Syed Indera Syed Omar (Siso) sebagai karyawan Penulisan Kreatif; Fauzi Marzuki (Karyawan Penciptaan Kreatif); Muhamad Razin  Che Mud  (Karyawan Inovasi Produk); Ahmad Fedtri Yahya (Karyawan Pengacaraan & Penyiaran); dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman (Karyawan Seni Taranum) serta Dr. Irwan Mohd Subri (USIM) sebagai Penasihat Produk Seni yang bertujuan memastikan kesemua produk yang diterbitkan memenuhi kehendak Syariah.

Mohamed Ridza  dalam ucapannya berkata, beliau menaruh harapan tinggi kepada Pusat Kebudayaan USIM agar pelantikan Karyawan Seni USIM dan Penasihat Produk Seni dapat menyemarakkan konsep prosumerisme khususnya dalam bidang seni budaya. mahasiswa yang mempunyai bakat seni boleh dilatih menjadi prosumer dengan menggunakan
platform media sosial agar mereka boleh memanfaatkan platform yang ada dengan
menghasilkan seni budaya melalui konsep Learn More, Make More and Share
More”.

Manakala Ismail Ahmed, Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Karyawan Seni dan Penasihat Produk Seni USIM berkata, langkah kreatif ini diharapkan memberi impak dalam meningkatkan kreativiti dan inovasi produk seni pelajar dan pemikiran mengwujudkan pekerjaan selepas tamat pengajian kelak.

Tambahnya lagi, penglibatan Karyawan Seni USIM dan Penasihat Produk Seni yang
telah dilantik sejak tahun 2016 bukan sahaja pelengkap dalam sesebuah program,
namun kewujudan mereka telah memberi impak dan tindak balas positif pihak luar
kepada USIM untuk memberi keyakinan bahawa produk USIM (pelajar) memenuhi
keperluan industri dan menyumbang kepada masyarakat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast