KUALA LUMPUR – Pendakwaan kes salah laku rasuah yang melibatkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Mahkamah Khas Rasuah di sini mendapat perhatian banyak pihak, lebih-lebih lagi ia melibatkan dana awam RM6.3 bilion.
Menariknya kes ini merupakan yang pertama melibatkan pemimpin DAP selepas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari lalu, pastinya mengundang persepsi negatif terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti pendakwaan terpilih dan berbaur politik.
Kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang ini bukan sahaja mendapat perhatian lensa kamera, bahkan tidak kurang pula para penyokong mereka baik dalam kalangan pemimpin DAP mahupun PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Seawal jam 8.30 pagi, lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mulai sesak dengan kehadiran penyokong dna pemimpin DAP, PKR dan Amanah bagi menyatakan solidariti terhadap Guan Eng.
Antara yang terawal yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P Ramasamy; Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan Speaker DUN Selangor, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.
Hadir sama Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar dan Ketua Penerangan PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Turut menarik perhatian media ialah kehadiran bapa kepada Guan Eng, veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang datang bersama bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua kira-kira jam 8.55 pagi tadi.
Selang 13 minit kemudian, kelibatan Guan Eng yang diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelihatan tiba di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, jam 9.08 pagi tadi.
Semalam, SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SRPM.
Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada jam 9 pagi, 10 Ogos ini kerana kesalahan mengikut Sekyen 23 Akta SPRM.
Setiausaha Agung DAP itu juga kemudiannya akan didakwa di mahkamah yang sama pada jam 9 pagi keesokan harinya (11 Ogos) kerana kesalahan mengikut Seksyen 23 akta sama.
Menurut kenyataan itu lagi, SPRM mendapat izin mendakwa Guan Eng daripada Peguam Negara.
Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu adalah bersangkutan dengan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Seksyen 16 (a) (A) dan Seksyen 23 Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada hujung bulan lalu, Guan Eng sudah tiga kali dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM6.3 bilion.
Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu, selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan.
Kes itu disiasat oleh SPRM sejak tahun 2017. – MalaysiaGazette
Kenapa Mahathir Mohammed TIDAK hadir ke mahkamah memberi morals support untuk Lim Guan Eng? Apakah maknanya ini Lim Guan Eng adalah benar perompak Wang Rakyat Dan penyamun Wang Negara?
Atau Mahathir Mohammed sibuk mencari “celah” melarikan diri?
Tunggu saat dia pula didakwa adakah supported dia dari DNA DAP PKR Dan PAN datang!!! Kita tunggu juga adakah sesiapa yang akan mengiringnya ke Sg. Buloh?