TERKINI : Guan Eng Akan Didakwa di Mahkamah Esok Pagi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat izin untuk mendakwa daripada Peguam Negara bagi menuduh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng esok di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

SPRM dalam kenyataan hari ini mengesahkan Guan Eng akan menghadapi tiga pertuduhan di dua mahkamah iaitu Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada esok jam 9 pagi atas kesalahan Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. Pada 10 Ogos dan 11 Ogos ini Ahli Parlimen Bagan itu juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang.