Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng memeluk isterinya, Betty Chew.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil memuat naik status tidak berpuashati kerana telah diperlakukan dengan ‘tidak adil’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Ketua Menteri Kewangan berkata dirinya cukup pilu dan pedih kerana isterinya juga telah ditahan oleh SPRM walaupun Betty Chew didakwanya tidak berkaitan dengan skandal terowong dasar laut Pulau Pinang mahupun perkara berkaitan kerajaan.

“Hati saya sangat pedih dan pilu apabila isteri saya Betty Chew ditahan pihak SPRM walaupun dia tidak ada kaitan dengan projek terowong mahupun apa-apa hal kerajaan,” tulisnya dalam laman Facebook malam ini.

Beliau turut memuat naik gambar beliau dengan Betty  berpelukan dalam keadaan penuh emosi.

Sambung Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu, dirinya cukup lega kerana Betty telah dilepaskan dan tidak perlu ‘mengharungi’ kesusahan dilalui olehnya dalam lokap ‘sempit’ SPRM malam tadi.

“Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan daripada tahanan. Bimbang juga jika dia ditahan bermalam di lokap SPRM seperti saya semalam.

“Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam) dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya (Datuk Seri Najib Razak) yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun di dalam lokap.

“Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya,” katanya.

Tambah Guan Eng lagi, dirinya sebenarnya telah menjadi mangsa kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menekannya tanpa tuduhan berasas.

“Saya tidak hairan PN cuba menekan saya dengan tuduhan tidak berasas. Ini kerana kerajaan yang tidak dipilih rakyat ini perlu mengukuhkan majoriti tipis mereka di Parlimen.

“Tetapi untuk mereka menjadikan isteri saya sebagai sasaran, yang walaupun seorang peguam namun tidak pernah hidup dengan mewah, membuktikan bahawa mereka sanggup menyeksa jiwa tanpa perasaan belas kasihan,” tegasnya.

Bagaimanapun kenyataan Guan Eng itu menimbulkan tanda tanya kerana sebentar tadi Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pula mengatakan sebaliknya.

Bercakap dengan salah sebuah portal berita di sini, Azam berkata, Guan Eng bukanlah ahli politik terkemuka pertama yang ditangkap serta ditahan semalaman oleh agensi tersebut.

Sebaliknya kata Azam Baki, sebelum ini Datuk Seri Najib, Datuk Seri Rosmah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan beberapa lagi ditahan pihaknya sebelum dituduh di mahkamah keesokan harinya.

Kata beliau lagi, dalam kes Guan Eng, pihaknya telah memanggil beliau sekitar jam 3 petang namun kerana menghormati sidang Parlimen, pihaknya memberi kelonggaran kepada Ahli Parlimen Bagan.

“Beliau janji akan sampai selepas sesi Parlimen. Jika ada yang tidak puas hati, silalah tampil buat aduan atau bawa ianya ke mahkamah,” tegasnya.

Guan Eng yang ditahan sekitar 9.30 malam Khamis kemudian di bawa ke Mahkamah Seksyen di sini untuk didakwa atas kesalahan meminta suapan 10 peratus dari projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng mengaku tidak bersalah dan memohon di bicarakan selain di perintahkan membayar wang jaminan RM1 juta dengan dua penjamin selain menyerahkan pasportnya ke mahkamah. –MalaysiaGazette

14 Komen

  1. Hellooo ko tido semalam..DS Najib 2 malam bermalam di lokap SPRM..ada dia komplen apa2? Bini Najib pun kena charge dgn SPRM…dan kes bini ko bkn psl terowong laaa..ko jgn nak drama laa..masa ko baham duit rasuah tak ingat dunia..laaa ni Tommy Thomas & Tipah Koya tak de nak selamatkan ko…rasakan lembu!

  2. Ada juga nafsu asalusul pendatang yang melakukan Jenayah menyamun Wang Rakyat Malaysia inginkan setaraf rakyat Tanah Melayu?
    Nak hidup mewah dinegara orang janganlah buat Jenayah merompak menyamun

  3. Sprm kena buat sel khas utk guan eng yg ada tilam spring pijama lembut dan pasang aircon..sbb dia maharaja dr china..

  4. masa ko dgn atok madey sedap sedap tangkap org-org melayu masuk lokap sprm kemain ko ye siap buat yam seng dgn kenkawan… la nie padan muka ko…

  5. Satu cara saja nk selamatkan guan eng dan pemimpim ph dr dituduh di mahkamah iaitu lantik TOMMY THOMAS jd AG dan tipah koyak jd Boss SPRM.

  6. Keciwa jga melayu2 bodoh bahlul kebnyaknnya yg ditangkp tido dlm lokap adalh meLAYU2 yg tak makan babi itu haram mkn babi tapi makan rasuah halal bijak betul puak2 meLayu rasist ni (bkn semua)

  7. Terbaek foto lge dng bini!!
    Kalo buleh ambik gambo bini lge pakai baju oren sprm sambil tido nongeng dlm lokap!!
    Kasi viral 1 Malaysia. Baru sadissssss….kompom pru15 ni menang beso!!

  8. Minta SPRM tunjuk bilik lokap kau tidur, sekarang semua lokap ada CCTV untuk mengelakkan dari kes bunuh diri dan mencederakan diri sendiri.

Comments are closed.