Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan keluar selepas hadir ke Majlis Jelajah Presiden ke Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 07 OGOS 2020.

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menolak pendakwaan yang tidak telus dan boleh ditafsirkan sebagai menekan musuh politik.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, walaupun tidak menghalang proses kehakiman dijalankan namun ia mesti mengambil kira pertimbangan kemanusiaan.

Presiden PKR itu merujuk kepada kes Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Che

“Saya rasa sangat sedih apabila suami  dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan besar dan isteri pula ditahan pada masa yang sama.

“Padahal boleh tangguh satu hari..itu pun tak lepaskan, inilah malangnya keadaan dalam negara kita.

“Jangan kita lihat dari segi parti lawan, kawan kita tapi pertimbangan kemanusiaan itu harus ada,” katanya ketika berucap pada Majlis Jelajah Presiden PKR ke Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor hari ini.

Beliau mengulas pendakwaan salah laku rasuah melibatkan Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu didakwa mengikut Sekysen 16(a)(A) Akta SPRM.

Selain itu, bekas Menteri Kewangan itu juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, 10 Ogos ini kerana kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

Anwar juga mempersoalkan pihak pendakwaan yang terburu-buru kedua-dua pasangan suami isteri itu tanpa memberi peluang kepada mereka mengiringi antara satu lain di mahkamah.

“Pendakwaan yang lebih dikesalkan ialah pendakwaan terhadap isterinya. Apakah tak boleh dakwa…boleh. Apakah tak boleh siasat…boleh.

“Tak bolehkah isteri ini mengiring sang suami dalam keadaan sangat mencabar dalam sejarah hidup mereka satu keluarga.

“Ya nak tahan walaupun saya tak faham walaupun kes yang lebih besar tidak ditangkap dan tidak letak dalam lokap,” katanya.

Anwar turut mengingatkan pihak pendakwaan agar tidak melakukan pendakwaan kes salah laku rasuah itu tidak bermotifkan politik dan penganiayaan.

“Malah kes melibatkan Datuk Seri Najib dulu pun saya katakan kita lihat kepada fakta dan undang-undang, bukan vandeta politic kerana laungan beberapa tokoh masa itu tidak lain daripada kebencian.

“Pada kita harus lihat kepada fakta dan undang-undang, ada orang samakan, saudara Lim Guan Eng belum dihukum. Jangan samakan dengan kes dan dihukum berdasarkan fakta, hujah serta undang-undang,” tegasnya.

Anwar turut melahirkan kebimbangan apabila pihak pendakwaan tidak menyebut rasuah dan jumlah sebenar suapan diminta dalam pertuduhan terhadap ahli Parlimen Bagan itu.

“Satu perkara lain yang berulang kali sebut oleh para peguam, pendakwaan kes rasuah, yang tak sebut rasuah, tidak ada jumlah

“Kamu rasuah ini kerana dikatakan dia ada minta 10 peratus, wangnya belum ada.

“Malah kalau ikut kenyataan Guan Eng, sepanjang siasatan itu, beliau tidak pernah ditanya di mana wang disimpan, berapa yang diambil, atau disemak akaunnya atau di rumahnya dan lain-lain.

“Ini membimbangkan kita tentang proses hukum di negara kita.

“Oleh yang demikian bagi pihak Keadilan dan selalu Pengerusi PH kita tak boleh berdiam diri. Maka tentunya kita akan teliti, pantau kes ini lebih dekat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Wah! masa Najib ko bukan main lagi…siap lantik Tommy Thomas peguam DAP dakwa Najib…pooodahh

  2. Kah3 kesian aku bila kena geng sendiri politik pulak,bila org lain rule of law.Panggil Tomato bela lah,
    Guna rule of the jungle.Biar Tokong LGE,LKS,rasakanlah putarbelit2 mcm Atok

  3. APA YG KAU CAKAP NI, ANUAR
    LUPA KE KAU MACAMANA KES NAJIB. SAMPAI SEMUA AKAUN BANK ANAK HINGGA CUCU DIBEKUKAN.
    PORRRRA

  4. Inilah melayu yg suka tengok melayu jahanam, tapi bila cina DAP kominis yg kena tuduh..bukan main simpati lagi si nuar ni. Jahanam punya orang..

Comments are closed.