Suspek yang merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan seorang bekas Menteri kerajaan terdahulu bersama seorang wanita direman lima hari berikutan kes rasuah di Mahkamah Majistret Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 15 OGOS 2020.

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada bekas Menteri Pelancongan dan tunang wanitanya hari ini direman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan rasuah sebanyak RM3.7 juta.

Ia membabitkan kontrak promosi pengiklanan kelolaan sebuah agensi kerajaan bernilai lebih RM90 juta pada 2019.

Kedua dua suspek berusia 29 dan 28 tahun yang berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga tiba di mahkamah pada pukul 10.15 pagi.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan perintah reman ke atas kedua-dua suspek sehingga 19 Ogos ini.

Selepas selesai proses reman kedua-dua suspek dibawa keluar dalam keadaan tangan bergari sebelum meninggalkan Istana Kehakiman sekitar 11 .05 pagi.

Terdahulu, seorang individu lelaki disyaki kenalan suspek menunggu seawal 9 pagi menegur suspek dengan kata-kata semangat berbunyi: “Steady, jangan risau”.

Kedua dua suspek hadir secara berasingan ke Ibu Pejabat SPRM di sini semalam sebelum menyerah diri pada pukul 5.45 petang dan 10 malam.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

SPRM dalam kenyataan sebentar tadi menyatakan bahawa bekas SUSK itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah Komplek Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta 19 Ogos ini.

Pada 11 Jun lalu media melaporkan tiga pengarah syarikat, berusia antara 31 hingga 48 tahun direman SPRM selama empat hari berhubung kes itu.

Sehari selepas itu, SPRM dalam kenyataan menyatakan bahawa suruhanjaya itu sedang mengesan bekas pegawai kanan bekas menteri itu bersama tunangnya masing masing beralamat di Semporna dan Lahad Datu untuk membantu siasatan kes tersebut selepas menghilangkan diri sejak 10 Jun lalu.

Syarikat berkenaan didakwa tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk mendapat tender berkenaan, dan telah menyediakan beberapa dokumen palsu untuk melepasi kriteria berkenaan.

Selain itu, mereka juga didakwa menawarkan bayaran suapan kepada beberapa pegawai agensi terlibat bagi mengenepikan beberapa syarat asas, dan seterusnya dipilih sebagai pemenang kepada tender tersebut. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Teori dan Moto kerajaan Hatok Der berhempas pulas bagai nyawa dihujung kerongkong bersama Lim Guan Eng yang amat takut jenayah serta rasuah selama ini dan berjanji dengan orang Melayu akan sifarkan rasuah dengan menjadikan contoh pemimpin bersih mereka tidak akan mengamalkan walau dirasuah secawan kopi I.
    Ini apa cer siap dgn tunang dan ada Uncle tu pulak laki-bini menyamun duit rakyat dan kerajaan.
    Perlukah kita percaya dengan jembalang ini termasuk kumpulan ENAM JAHANAM Hatok Der tu?

  2. Bgus..nnti tggu gilirang jerung2 besar dlm ph akn di tangkap nnti…pjuang anti rasuah konon..piiii lh pjuang anti rasuah..blh mmpuh lah pjuang rasuah..rupa2 nya pjuang anti rasuah tu yg pelahat rasuah..

Comments are closed.