Gambar hiasan

BANGKOK – Ekonomi Thailand menguncup paling besar dalam tempoh 22 tahun kepada 12.2 peratus pada suku kedua berbanding tempoh sama tahun lalu.

Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Nasional berkata, prestasi itu merupakan penurunan terbesar sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998.

Pengucupan yang direkodkan itu menyaksikan Thailand berdepan dengan kemelesetan ekonomi lebih ketara ketika kerajaan masih melaksanakan penutupan sekatan perjalanan dan pengembaraan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Pada asas suku tahunan yang diselaraskan secara musim, ekonomi menyusut sebanyak 9.7% pada tempoh April-Jun, berikutan penguncupan 0.3% pada suku keempat 2019 dan penyusutan 2.5% dalam tiga bulan pertama tahun 2020.

Kemelesetan teknikal ditakrifkan sebagai dua suku tahun berturut-turut pertumbuhan ekonomi negatif.

Majlis itu menyemak semula unjuran KDNK bagi tahun 2020 kepada 7.3% hingga -7.8% berbanding ramalan awal -5% hingga -6%.

Selain daripada masalah logistik dan permintaan global yang lemah, eksport telah menerima tekanan susulan kenaikan baht lebih daripada 6% pada suku kedua, menjadikannya mata wang itu berprestasi kedua terbaik di Asia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast