KUALA LUMPUR- Kerugian bersih MSM Malaysia Holdings Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2020 (Suku Kedua 2020) menyusut kepada RM21.55 juta daripada RM67.33 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Hasil susut lima peratus kepada RM448.74 juta daripada RM474.22 juta disebabkan penurunan kuantiti yang dijual bagi segmen borong berbanding suku yang sama tahun lepas.

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata kerugian rendah dalam suku semasa itu adalah disebabkan oleh keseluruhan margin yang tinggi sebanyak 3.8 peratus dan kos kewangan rendah yang ditanggung dalam suku tersebut berbanding suku yang sama tahun lepas.

Pada masa depan, MSM berkata ia terus menumpukan kepada strategi pertumbuhan mampan yang termasuk pempelbagaian produk bagi menembusi pasaran eksport dan meningkatkan keuntungan.

“MSM komited untuk meningkatkan penggunaan kapasiti MSM Johor, yang akan mengurangkan kos pengeluaran dan menambah baik margin.

“Kami menjangka persekitaran perniagaan kekal mencabar bagi tempoh berbaki 2020,” kata syarikat itu.- BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast