Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan pengundi masyarakat India selepas Program Ramah Mesra bersama Pengundi India sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Bilik Gerakan IPF Kampung Baru, Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 23 OGOS 2020

SLIM RIVER –  Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan terdapat parti komponennya telah mendaftar dengan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Zahid memberitahu parti itu adalah MIC dan rakan dalam BN, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Jelas beliau, tindakan dua parti itu tidak menjadi masalah kepada BN kerana PN perlu didaftarkan secara rasmi.

“Ya memang setakat ini maklumat yang saya perolehi MIC menjadi salah satu parti yang turut berdaftar dengan PN bersama Pas, STAR dan PPBM (Bersatu).

“Ini tidak menjadi salah setakat ini kerana PN harus didaftarkan sama ada guna lambang PN atau sebaliknya.

“Pendirian UMNO dan BN dalam PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang akan menggunakan lambang dacing iaitu lambang BN yang menjadi simbol kepada calon-calon UMNO dan BN,” katanya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media selepas Program Ramah Mesra bersama Pengundi India sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Bilik Gerakan IPF Kampung Baru, Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 23 OGOS 2020

Beliau berkata demikian kepada media selepas beramah mesra bersama penduduk India di Bilik Gerakan IPF di di Kampung Baru di Slim, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan pendaftaran gabungan itu mengandungi lima parti yang bersetuju untuk bersama-sama gabungan itu.

Jelas beliau antara lima parti itu, sebilangan adalah daripada komponen BN.

Namun beliau tidak mendedahkan nama parti komponen BN itu.

“Lima parti termasuk Bersatu.

“Ada (komponen BN), bukan atas nama gabungan (BN).

“Dia (PN) mewakili parti yang berkenaan. Jumlah dalam pendaftaran Perikatan Nasional adalah lima parti,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. – MalaysiaGazette

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan pengundi masyarakat India selepas Program Ramah Mesra bersama Pengundi India sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Bilik Gerakan IPF Kampung Baru, Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 23 OGOS 2020

Perikatan Nasional disertai lima parti termasuk komponen BN – Azmin