Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid menunjukkan trofi selepas merangkul Penyerang Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 (ABK19) di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 15 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan penyerang sensasinya, Safawi Rasid hampir pasti beraksi di Eropah selepas skuad Harimau Selatan menerima tawaran kelab Liga Portugal, Portimonense SC hari ini.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan perkara tersebut dalam entri terkini di laman Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.

“JDT ingin mengesahkan kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” kata Prest. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast