Pranab Mukherjee

NEW DELHI – Mayat bekas Presiden India, Pranab Mukherjee selamat dikebumikan dengan penuh istiadat dan penghormatan sebentar tadi.

Sebelum itu, jenazah beliau diletakkan untuk penghormatan terakhir yang dihadiri pemimpin utama dan delegasi di dalam dan luar negara selain beberapa pemimpin politik India.

Perdana Menter,i Narendra Modi; Presiden Ram Nath Kovind dan Naib Presiden, M. Venkaiah Naidu serta Menteri Pertahanan, Rajnath Singh merupakan antara pemimpin yang hadir pada pagi tadi.

Bekas Perdana Menteri, Manmohan Singh, Rahul Gandhi dan para ahli parti Kongres India turut memberi penghormatan terakhir kepada Mukherjee yang menjadi Presiden daripada 2012 hingga 2017.

Pemimpin berusia 83 tahun itu meninggal dunia semalam selepas koma akibat pembedahan pada otak dan jangkitan paru-paru selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

Anak beliau, Abhijit Mukherjee mengumumkan kematiannya dalam akaun twitter lewat petang semalam. – MalaysiaGazette